BERBAGI

Ustaz Ini Mengelar Iqram Dinzly ‘Pelakon Sampah’ Selepas Iqram Dikatakan Menghina Nabi Muhammad SAW Di Melodi

Melodi bersiaran buat pertama kalinya pada tahun 2018 dengan menampilkan hos baru Ajak Shiro dan Janna Nick. Tetapi apa yang buat rancangan melodi ‘panas’ buat kali ini adalah mereka berjaya menjemput artis LIVE Iqram Dinzly ke set Melodi tengah hari tadi.

Ketika di set melodi dan ditemuramah, beliau ditanya siapakah guru beliau dan beliau menyebut salah seorang guru beliau adalah ‘che mat’. Beliau merujuk Che Mat sebagai Nabi Muhammad SAW. Ini mendapat perhatian dari seorang ustaz yang bernama Ustaz Abu Syafiq Al-Asy’ary. Di dalam facebook Ustaz Abu Syafiq Al-Asy’ary, beliau memuat naik 1 status berkenaan isu nama Nabi Muhammad SAW ditukar kepada Che Mat dan rata rata follower Ustaz Abu Syafiq Al-Asy’ary ada yang menyokong beliau dan ada yang mengatakan Iqram Dinzly tidak berapa sihat sehingga terlepas cakap.

Iqram Dinzly membetul kan ayat Che Mat kepada Nabi Muhammad SAW sejurus selepas ayat Che Mat dikeluarkan.

Berikut adalah status Ustaz Abu Syafiq Al-Asy’ary.

” Saya syorkan Jabatan Agama Islam Perak dan JAKIM ambil tindakan tegas keatas Iqram Dizly ini kerana menghina Nabi Muhammad shollahu ‘alahi wasallam.

Jangan biarkan Nabi kita dipermainkan nama Baginda hanya kerana mahu menjaga hati pelakon sampah yg memperendahkan nama Nabi Muhammad shollahu ‘alaihi wasallam. Ini serius! – Abu Syafiq 0192713781″

Berikut beberapa komen dari netizen kepada Ustaz Abu Syafiq dan kepada Iqram Dinzly
@Mohd Amirullah kalau ye pun jgn la pgil dengan nama mcm tu..sedangkan insp polis pun kita pgil dgn hormat ‘tuan’..ini kan pula rasul teragung kita..allahu..”

“@Zamm Shamrin Ada bukti ker ustaz.. Tang mana video dia hina rasulullah???? Cer tempek sikit di fb sebagai bukti?

“@Kamal Husain Jgn panggil dia sampah. Kalau nak bantu dia dtg jumpa dia, dekati dia, bukan hina dia dimedia sosial..

“@Rasfia Sofia Ta baek rasenye panggilan nabi Muhammad yg kite muliakan..dgn panggilan mat

“@Amiruddin Yatim Sejahil mana pun dia,adakah kita yg berasa alim ni blh gelarkan dia smpah,,adakah nabi pernah gelarkan ssorg yg mghina dia??lau ada tlg bg thu dgn bukti..sy mhon bljr

Di bawah adalah petikan siaran LIVE Melodi yang bertarikh 7hb Januari 2018 bersama Iqram Dinzly. Tetapi bab ketika Iqram Dinzly menyebut Che Mat tiada didalam petikan ini

Loading...