BERBAGI

Penyanyi Akim Ahmad akui tidak pernah percayakan pembantu rumah atau orang luar untuk menjaga anaknya, Eshaal yang baru berusia 10 bulan.

Akim berkata dia dan isteri, Stacy lebih sanggup bergilir-gilir menjaga anak mereka demi keselamatan.

“Saya memang sukar untuk percayakan pembantu rumah atau orang luar untuk menguruskan anak saya.

“Kecuali keluarga terdekat. Kami ada pembantu tetapi tugasnya hanya untuk mengemas rumah sahaja.

“Jadi saya dan Stacy akan bahagikan masa dan jadual untuk bergilir-gilir menjaga anak kami sebab dia dah mula aktif menyanyi.

“Kalau dia kerja, saya akan jaga dan begitu juga sebaliknya.

“Kami cuma tak percaya orang lain untuk menjaga mereka,” katanya kepada Astro Gempak.

Selain Eshaal, pasangan ini turut mempunyai seorang anak angkat bernama Bella berusia 5 tahun.

Pun begitu, Akim terpaksa akui tugasan menjaga bayinya Eshaal agak mencabar jika dia seorang sahaja mengambil alih tugas tersebut.

“Saya tak kisah untuk menguruskan benda lain tetapi paling susah bila hendak tidurkan anak.

“Bila saya yang tidurkan pasti akan ambil masa yang lama.

“Peliknya kalau dengan Stacy senang pula mereka tidur.

“Apa-apa pun seronok dapat meluangkan masa dengan mereka,” katanya lagi.

Akim dan Stacy berkahwin pada 5 Februari 2016.

Sumber:http://www.gempak.com/artikel/7531/tak-percaya-pembantu-rumah-jaga-anak-akim-stacy-sanggup-bergilir#.WhvlKXijzf4.facebook

Terdahulu…

Luahan Perasaan Akim Terhadap Anaknya, Bella Buat Ramai Tersentuh

Kehadiran cahaya mata dalam sesebuah rumah tangga sememangnya menjadi pelengkap hubungan suami isteri dan bukan itu sahaja, ia bermakna akan ada tanggungjawab baru yang harus dipikul.

Pada tanggal 17 Februari yang lalu, isteri kepada Akim iaitu Stacy telah selamat melahirkan seorang puteri yang diberi nama Eshaal pada jam 5.17 petang dan itu merupakan anak kedua selepas Bella.

15048175_166165307180492_5502695585485946880_n

Baru-baru ini telah berlangsungnya AME2017 dan kemunculan Bella ketika malam anugerah itu telah menerima jeritan yang padu dari penonton apabila beliau tampil ke atas pentas untuk mewakili ayah dan ibunya yang telah dinobatkan sebagai pemenang untuk kategori Couple Meletop.

7n_akimahmaddanstacybakal00

Apa yang lebih menyentuh hati netizen apabila Stacy ada memuat naik video ucapan Bella tentang kemenangan ayah ibunya itu selain menjelaskan mengapa beliau mengambil keputusan untuk mewakili Akim dan Stacy ketika AME2017.

stacy

Alhamdulillah terima kasih kepada Anugerah meletop era dan semua yang mengundi mami dan daddy untuk kategori couple meletop..😍😍 Beyya siap hafal speech dia di rumah tadi tapi sampai sana bingung😂 yang penting TQ LAPTOP!!😂

Akim juga tidak ketinggalan memuat naik video beserta kapsyen bagi meluahkan rasa tersentuh apabila anaknya itu sanggup hadir untuk mewakilinya yang ketika itu mempunyai urusan kerja yang tidak dapat dielakkan.

akim

Bidadari di taman hatiku. Tapak kakinya yang dahulunya kecil, semakin hari semakin besar dari tapak tanganku. Apa yang Bella buat hari ni, membuatkan daddy sentiasa jatuh hati dengan anak daddy sorang ni. I love u anakku.

Kredit: http://www.rakanmedia.com/tak-percaya-pembantu-rumah-jaga-anak-ini-yang-akim-dan-stacy-lakukan-peliknya-kalau-dengan-stacy-akim/

Loading...