BERBAGI

Saya Tidak Cemburu Izara Berlakon Dengan Lelaki Lain

Suami tercinta Izara Aishah iaitu Adib Khalid memberitahu beliau tidak akan meletakkan sebarang syarat buat isterinya ketika berlakon. Adib akui beliau memahami kerjaya Izara sebagai pelakon dan tidak cemburu melihat Izara bergandingan dengan lelaki lain.

Tiada syarat sangat pun. Bagi saya, kerjaya Izara masih seperti biasa. Saya tidak cemburu jika dia bergandingan dengan pelakon lelaki lain dan tidak fikir apa-apa pun. Saya memang memahami kerjayanya secara keseluruhan. Saya juga tak kisah jika dia kekal aktif selepas berkahwin kerana saya sendiri turut sibuk dengan kerjaya.

Kita berdua sama-sama sibuk mencari rezeki dan apa yang penting, apabila kami berdua balik ke rumah, kami ada ‘each other’ dan dapat menghabiskan waktu berdua setelah seharian bekerja.

Adib sudah biasa dan terdedah dengan dunia hiburan apatah lagi beliau juga merupakan CEO Tune Studios.  Lagipun, apa yang penting ialah pasangan suami isteri  harus mempercayai serta setia antara satu sama lain. Untunglah Izara mempunyai suami yang memahami bukan? Semoga kekal bahagia sehingga ke akhir hayat.

Sumber Berita : Astro Gempak

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sumber: beatifulnara

Loading...