BERBAGI

Kucing sarat hamil pergi ke klinik kesihatan sendirian dan mengiau minta pertolongan. Haiwan adalah lebih bijak daripada apa yang kita sangka dankucing ini adalah tidak terkecuali!

Kucing Sarat Hamil Pergi Ke Klinik Kesihatan Sendirian Dan Mengiau Minta Pertolongan. Haiwan adalah lebih bijak daripada apa yang kita sangka dan kucing ini adalah tidak terkecuali!

Seekor kucing hamil di wilayah Bitlis tenggara Turki mengiau meminta bantuan daripada doktor di hadapan pusat kesihatan keluarga tempatan kerana ia menghadapi kesukaran untuk melahirkan anaknya.

Menurut laman web berita tempatan “Bitlis 13 Haber”, kejadian yang mengharukan dan ajaib ini berlaku pada hari Rabu apabila kucing itu yang hendak bersalin mula mengiau di pintu pusat kesihatan No.2 di daerah Tatvan apabila ia menyedari bahawa ia menghadapi beberapa komplikasi untuk melahirkan anak-anaknya.Para jururawat membawa kucing itu masuk ke dalam klinik namun mereka tidak tahu apa masalah yang dihadapi oleh kucing tersebut.

SAJAHEBOH.COM – Kucing Sarat Hamil Pergi Ke Klinik Kesihatan Sendirian Dan Mengiau Minta PertolonganWarga klinik itu kemudian menyedari bahawa kucing tersebut menghadapi kesukaran yang kritikal untuk melahirkan anaknya, tanpa melengahkan masa mereka memanggil doktor veterinar di bandar itu utuk membantu kucing ini.

Selepas dibawa ke Pusat Haiwan Terbiar Bandar Tatvan, doktor veterinar itu dapat mengenalpasti bahawa kucing tersebut mengalami kesukaran untuk melahirkan anak secara normal. Jadi doktor tersebut mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan caesarean (pembedahan c-section) terhadap kucing itu.

SAJAHEBOH.COM – Kucing Sarat Hamil Pergi Ke Klinik Kesihatan Sendirian Dan Mengiau Minta Pertolongan

Pembedahan caesarean berjaya dan kucing tersebut melahirkan sebanyak empat ekor anak-anak yang sihat dengan selamat. Durmus berkata bahawa ibu kucing berada dalam keadaan baik selepas pembedahan.

Kucing itu sedar dia tidak boleh melakukannya dengan sendiri, jadi mana lagi tempat yang lebih baik untuk pergi selain daripada Klinik Kesihatan?

Bijak Sangat Kucing ni 🙂

The post Pergi Ke Klinik Kesihatan Sendirian Dan Mengiau Minta Pertolongan, kisah kucing yang buat ramai menitis air mata appeared first on Etak Salai.

SUMBER DIATAS

Klik Jempol Di atas yaa… Otomatis Berteman dgn Saya….
dan TOLONG Bantu Bagikan ke Facebook ……

Loading...