BERBAGI

Ketahui cara untuk membuka tin hanya dengan tangan kosong

Cuba bayangkan anda terlibat dengan program perkhemahan di hutan, di mana akses kepada alatan moden adalah terhad. Pasti sukar bukan? Dengan mempelajari teknik ini, siapa tahu ia mungkin mampu menyelamatkan nyawa kita pada saat-saat genting.

 
Ketahui cara untuk membuka tin hanya dengan tangan kosong

Oleh itu, kami akan kongsikan kepada anda cara-cara untuk membuka tin tanpa menggunakan sebarang alatan. Kita tahu masyarakat pada hari ini sememangnya bergantung sepenuhnya kepada bantuan alatan moden untuk membuka tin dan ada juga yang berasa trauma dan panik jika tidak jumpa alat pembuka tin.

Terdapat sebuah video yang dimuat naik di laman Youtube oleh Crazy Russian Hacker . Apa yang anda perlukan adalah tangan dan permukaan yang kasar – tiada pisau dan sebagainya!

Sumber: Crazy Russian Hacker

Caranya begini, anda hanya perlukan permukaan yang sedikit kasar seperti permukaan lantai konkrit. Kemudian, gosokkan bahagian atas tin berkenaan untuk beberapa ketika, dan picit pada bahagian sisi atas tin tersebut…..tadaaaa!

 

Dengan gosokan yang telah anda lakukan, ia menipiskan bucu pada bahagian atas tin berkenaan dan memudahkan tin tersebut dibuka dengan tangan jika anda memicitnya.

Untuk melihat demontrasinya dengan lebih terperinci, anda boleh saksikan video di bawah:

 

Loading...