BERBAGI


Terdapat beberapa kelebihan khusus yang telah disebut oleh Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bagi sesiapa yang membaca surah al-Kahfi.….. (Like/follow page Informasi Dan Tauladan di Facebook Kami..)

Antara kelebihannya ialah pengampunan dosa di antara Jumaat dengan Jumaat jika dibaca pada hari Jumaat dan dijauhi fitnah al-Masih ad-Dajjal jika menghafal 10 ayat terawalnya. Berikut adalah beberapa hadith mengenai kebaikan surah al-Kahfi:

Imam Ahmad berkata :

 “Daripada Abi Darda’ daripada Nabi SAW, baginda telah bersabda: “Sesiapa menghafaz sepuluh ayat daripadanya permulaan surah al-Kahfi,maka terhindar daripada Al-Dajjal.”
[ Riwayat Muslim,Abu Daud,Al-Nasa’i,Al-Tarmizi daripada Qatadah ]

  Daripada Abi Al-Darda’i, Nabi SAW bersabda : “Sesiapa membaca sepuluh ayat akhir daripada surah Al-Kahfi,maka terhindar daripada fitnah Al-Dajjal.”
[ Hadis Riwayat Muslim dan Al-Nasa’i ]

Salam jumaat semua..….. (Like/follow page Informasi Dan Tauladan di Facebook Kami..)

 

Al Quran Sebagai Pembela di Akhirat

 
Abu Umamah r.a. berkata : “Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur’an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur’an.”

Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Qur’an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya.” Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, ” Kenalkah kamu kepadaku?”

Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : “Siapakah kamu?”Maka berkata Al-Qur’an : “Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari.”

Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur’an itu : “Adakah kamu Al-Qur’an?” Lalu Al-Qur’an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya. ….. (Like/follow page Informasi Dan Tauladan di Facebook Kami..)

Pada kedua ayah dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : “Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?” Lalu dijawab : “Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur’an.”

5 Ciri Hati Yang Keras

Hati yang keras mempunyai tanda-tanda yang boleh dikenali, di antara yang terpenting adalah seperti berikut:

(1) MALAS melaksanakan amal ibadah, mungkin memandang ringan sahaja soal solat, tutup aurat dan lain-lain … Allah SWT telah menyifatkan orang seperti ini sebagai kaum munafikin dalam firman-Nya yang bermaksud, “Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan.” (Surah At-Taubah, ayat 54)…

(2) Tidak berasa GERUN dengan ayat al-Quran… Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terkesan sama sekali, tidak mahu khusyuk atau tunduk, dan juga lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya. Bahkan enggan dan berpaling daripadanya. Sedangkan Allah S.W.T memberi ingatan yang ertinya, “Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman Ku.” (Surah Al-Qaf, ayat 45)…

(3) Berlebihan MENCINTAI DUNIA dan melupakan akhirat… segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-mata… Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia… Cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja…. Penghujungnya jadilah dia seorang yang dengki, ego dan individulistik, bakhil serta tamak terhadap dunia….….. (Like/follow page Informasi Dan Tauladan di Facebook Kami..)

(4) Tidak atau kurang MENGAGUNGKAN ALLAH… Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah dilecehkan orang…. Tidak menyuruh yang makruf serta tidak melarang yang mungkar, hatta dalam keluarga sendiri ….

(5) Tidak MENGAMBIL IKTIBAR dari peristiwa-peristiwa yang dapat memberi pengajaran, seperti kematian, sakit, bencana dan seumpamanya… Dia memandang kematian atau orang yang sedang diusung ke kubur sebagai perkara biasa, padahal cukuplah kematian itu sebagai nasihat. “Dan tidaklah mereka (orang-orang munafik) memperhatikan bahawa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun, kemudian mereka tidak (juga) bertaubat dan tidak (pula) mengambil pelajaran?” (Surah At-Taubah, ayat 126)….….. (Like/follow page Informasi Dan Tauladan di Facebook Kami..)

Loading...