BERBAGI

Siapa sangka rupa-rupanya duit syiling Malaysia sebenarnya mahal. Selalu kita dengar dari kecil hingga besar pasal kehebatan duit 10 sen keluaran 1971 di mana harganya mencecah ribuan ringgit.

Tetapi tahukah anda bahawa sebenarnya ada lagi duit syiling yang paling mahal di Malaysia yang telah terjual. Bayangkan duit 50 sen di jual dengan harga puluhan ribu ringgit. Mungkin duit tersebuat anda pernah guna dan tidak sedar akan nilainya.


Kebanyak duit syiling yang akan disiarkan nanti telah dilelong oleh Collectibles Auction Asia (CAA) di Singapura atau sebelum ini dikenali sebagai Numismatic Society Asia (NSA).

Berikut adalah nilai syiling termahal di Malaysia.

5. 50 sen 1967 Milled Edge NGC MS65 dilelong RM7600


Pada 4 Oktober 2014, Duit syiling 50 sen 1967 tanpa sisi sekuriti (Milled Edge) yang telah digred MS65 oleh Syarikat Pengredan dari Amerika Syarikat, Numismatic Guaranty Corporation (NGC) telah dilelong RM7,600 (termasuk premium pembeli) didalam satu acara lelongan numismatik oleh Collectibles Auction Asia (CAA) di Singapura.

Duit syiling itu adalah yang kedua terbaik didalam grednya untuk syiling 50 sen 1967 Milled Edge. Syiling gred terbaik untuk 50 sen 1967 Milled Edge adalah pada Gred NGC MS66 yang dimiliki oleh Trigometric Sdn Bhd.

4. 50 sen 1969 Milled Edge NGC AU55 dilelong RM10,253


Pada 19 Oktober 2013, sekeping Syiling 50 sen 1969 Milled edge telah terjual dengan harga RM10,253 (termasuk premium pembeli) didalam satu acara lelongan yang diadakan oleh Numismatic Society Asia (NSA) di Hotel Landmark Village, Singapura. Syiling itu digred oleh Numismatic Guaranty Corporation (NGC) sebagai Au- 55.

Khabar angin mengatakan, syiling itu telah dibeli oleh orang yang turut memenangi Syiling 50 sen 1969 security edge ketika lelongan Malaysia Numismatic Society (MNS) No.157 pada 29 September 2013 di Jabatan Muzium, Muzium Negara, Kuala Lumpur.

3. 50 sen 1968 Milled Edge NGC MS66 dilelong RM19,942


Pada 19 April 2014, didalam acara lelongan oleh Collectibles Auction Asia (CAA)di Hotel Landmark Village, Singapura, sekeping syiling 50 sen 1968 Milled Edge (sisi bergerigi) telah dilelong pada harga RM19,942 (termasuk premium pembeli).

Duit Syiling 50 sen 1968 Milled Edge yang dilelong pada harga SGD6500 (tanpa premium pembeli) tersebut adalah gred yang terbaik untuk syiling 50 sen 1968 Milled Edge didalam rekod Numismatic Guaranty Corporation (NGC) pada gred MS66. Duit syiling itu juga adalah koleksi Master Sifu Wong Hon Sum.

2. 1 sen 1970 Copper Clad Steel NGC MS63 RB dilelong RM46,769


Pada 4 Oktober 2014, syiling 1 sen 1970 Copper Clad Steel NGC MS63 RB yang dilelong didalam acara lelongan Collectibles Auction Asia (CAA) yang sama seperti di atas turut mendapat harga penutup yang tinggi pada harga RM46,769 termasuk premium pembeli.

Pada masa ini, hanya ada 4 keping syiling 1 sen 1970 Copper Clad steel yang telah direkodkan. Syiling 1 sen 1970 yang normal adalah diperbuat daripada copper berbanding dengan syiling ini daripada copper clad steel yang melekat pada magnet.

1. 50 sen 1969 Milled Edge NGC MS65 dilelong RM81,846

Pada 4 Oktober 2014, Duit syiling 50 sen 1969 tanpa sisi sekuriti (Milled Edge) yang telah digred MS65 oleh Syarikat Pengredan dari Amerika Syarikat, Numismatic Guaranty Corporation (NGC) telah dilelong RM81,846 (termasuk premium pembeli) didalam satu acara lelongan numismatik oleh Collectibles Auction Asia (CAA) di Singapura. Gred MS65 adalah gred yang terbaik setakat ini untuk duit syiling 50 sen Milled Edge 1969.

Selain syiling ini, ada sekeping sahaja syiling 50 sen 1969 Milled Edge yang mendapat gred MS62, syiling kedua terbaik untuk kategori syiling ini. Pembeli duit syiling itu adalah seorang collector dari Singapura. Anda boleh baca dengan lebih lanjut mengenainya disini: 50 sen 1969 Milled Edge sold RM81,846.

Sumber malaysiancoin.com dan siakapkeli,com.my

TOLONG VIRALKAN :Duit RM2 Lama Kini bernilai RM8,888 Sekeping. Sekiranya duit RM2 anda ada TANDA INI SAHAJA !! Klik Gambr ini Dahulu ! Jangan Lupa Share Kawan , Keluarga. Jika Mereka Berminat ,Jualkan ye. Hanya 60 keping sahaja lagi !!

Duit RM2 Lama Kini Boleh Mencecah RM5,555 Sekeping. Sekiranya Anda Berminat Menjual Kepada Pembeli yang berminat, Sila Klik Pada Gambar Dibawah. Jangan Lupa Share Dan Tagged Kawan Anda Atau Keluarga Anda Jika Mereka Berminat Jual. Hanya 50 Keping Sahaja Diperlukan lagi.


Ciri-Ciri Adalah Duit Yang Tiada Tanda Tangan. Jika Berminat Ingin Menjual Sila SHARE dan KOMEN. Sebarkan Kepada Rakan Atau Keluarga Anda Jika Mereka Ada duit lama untuk dijual atau sedang mencari.

Duit RM2 Lama Kini Boleh Mencecah RM5,555 Sekeping. Sekiranya Anda Berminat Menjual Kepada Pembeli yang berminat, Sila Klik Pada Gambar Dibawah. Jangan Lupa Share Dan Tagged Kawan Anda Atau Keluarga Anda Jika Mereka Berminat Jual. Hanya 50 Keping Sahaja Diperlukan lagi.

Ciri-Ciri Adalah Duit Yang Tiada Tanda Tangan. Jika Berminat Ingin Menjual Sila SHARE dan KOMEN. Sebarkan Kepada Rakan Atau Keluarga Anda Jika Mereka Ada duit lama untuk dijual atau sedang mencari.

Bank Negara Malaysia juga telah mula mengeluarkan Wang Kertas malaysia sendiri mulai pada Jun 1967 mengantikan wang kertas Kerbau Bajak dan Kapal Layar keluaran Lembaga Suruhanjaya Matawang Malaya dan British Borneo diganti dengan Wang kertas malaysia dalam nilaian $1, $2, $5 , $10, $20, $50, $100, $500 & $1000 .

Wang Kertas ini telah dicetak dibeberapa kilang Luar Negara seperti Bradbury Wilkinson , Thomas De La Rue London , Canadian Banknote , BA Banknote , Francois Charles Oberthur , Giesecke & Devrient , US Banknote dan Note Printing Australia .

Semua Wang Kertas ini dicetak diluar Negara sehinggalah pada tahun 2002 FIMA Coparation Malaysia telah mengadakan usahasama dengan Giesecke & Devrient Munich Germany dengan membina Kilang Wang Kertas di Batu 3, Shah Alam Selangor dengan Nama Giesecke & Devrient Malaysia Sendirian Berhad yang diketuai oleh CEO GDMSB Dr Michael Vogt .

Wang Kertas Malaysia pertama yang dicetak di Tanah Air sendiri yang diberikan status made in Malaysia ialah Wang Kertas RM1 Tandatangan Gabnur BNM Tan Sri Dato Seri Zeti Akhtar Aziz pada tahun 2003 dengan Wang Kertas RM1 Prefix replacement ZC .

Wang Kertas ini adalah Wang Kertas Malaysia Pertama yang dicetak di Malaysia [ made in Malaysia ] di Kilang Batu 3 , Shah Alam Selangor . Walaubagaimanapun di Bawah Jabatan Pengurusan dan Operasi Matawang Bank Negara Malaysia masih lagi meneruskan tender-tender kilang cetakan dari luar Negara multiprinter untuk mencetak Wang Kertas Malaysia .

Hanya sedikit kekurang berlaku yang harus diperbetulkan semula oleh Bank Negara Malaysia terutama kepada semua Wang Kertas Malaysia yang baru dilancarkan tidak tercatat nama Printer yang mencetak Wang Kertas tersebut seperti wang kertas terdahulu yang ada mencatatkan nama printer yang mencetak wang kertas tersebut .

Ramai ahli Numismatik yang keliru dan sukar untuk membuat rujukan terhadap nombor prefix dan nama pencetak Wang Kertas keluaran tahun 2000 sehinggalah wang keluaran terbaru BNM .

Sumber : Rotipisang via MalasKomen via 101viral

Loading...