BERBAGI

Kehilangan dokumen penting seperti sijil-sijil pelajaran adalah satu pekara yang sangat memudaratkan terutama sekali disaat-saat ianya diperlukan. Tidak kiralah sama ada kehilangan dokumen-dokumen penting itu disebabkan oleh kecuaian atau pun bencana banjir, rumah terbakar dan sebagainya.

Ramai yang buat tidak tahu sahaja sehinggalah di saat sijil berkenaan diperlukan sama ada untuk memohon pekerjaan atau melanjutkan pengajian barulah mula pening kepala.
Oleh itu, kami kongsikan langkah untuk mendapatkan kembali sijil akademik anda itu tidak kiralah sama ada sijil SPM, PMR/PT3 atau UPSR.

LANGKAH PERMOHONAN SIJIL PEPERIKSAAN
Permohonan melalui kaunter Lembaga Peperiksaan, Putrajaya
Pemohon hendaklah mengisi borang LP/SIJIL/Pin 1/96a yang boleh didapati di Kaunter Perkhidmatan Sijil Lembaga Peperiksaan (LP) di Aras Bawah, Blok E11, Kompleks E, Putrajaya ATAU memuat turun borang

Pemohon yang hadir sendiri ke kaunter perlu menunjukkan dokumen pengenalan diri sebagai bukti semasa membuat Permohonan Salinan Keputusan Peperiksaan.
Sekiranya pemohon tidak dapat hadir, pemohon boleh melantik wakil secara bertulis yang terdiri dari ahli keluarga terdekat.
Wakil yang dilantik perlu membawa bersama Surat Pelantikan Wakil yang ditandatangani oleh pemohon beserta salinan kad pengenalan pemohon yang telah disahkan. (Untuk muat turun surat perlantikan boleh dapatkan di dalam borang permohonan keputusan peperiksaan)

Permohonan melalui orang perseorangan tanpa Surat Pelantikan Wakil, agen atau syarikat tertentu tidak dibenarkan
Bayaran proses sebanyak RM30.00 (Ringgit: Tiga puluh sahaja) dikenakan bagi setiap salinan pernyataan keputusan peperiksaan dan boleh dibayar secara tunai di kaunter.

Permohonan melalui pos hendaklah disertakan bersama-sama dokumen berikut :
Borang permohonan LP/SIJIL/Pin 1/96a (seperti pemohon melalui kaunter LP)
Salinan kad pengenalan pemohon
Wang Pos (Postal Order), Kiriman Wang (Money Order) atau Draf Bank (Bank draft) atas nama PENGARAH PEPERIKSAAN bernilai RM 30.00. (Cek persendirian tidak diterima).

TEMPOH PENGELUARAN SALINAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN

Permohonan melalui KAUNTER LP
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada atau selepas 1994 – satu (1) jam

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada atau sebelum 1993 – tujuh (7) hari bekerja

Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada atau selepas 1998 – satu (1) jam

Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada atau sebelum 1997 – tujuh (7) hari bekerja

Lain-lain peperiksaan – tujuh (7) hari bekerja
Permohonan melalui POS

Semua permohonan melalui pos akan diproses dalam masa tujuh (7) hari bekerja tanpa mengira hari perjalanan pos.
Permohonan melalui pos hendaklah dialamatkan kepada:
PENGARAH PEPERIKSAAN
LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 10, BLOK E 11, KOMPLEKS E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
Untuk makluman anda, Lembaga Peperiksaan tidak mengeluarkan salinan pelaporan UPSR dan PT3. Pemohon dinasihatkan menghubungi sekolah untuk urusan tersebut. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses, pastikan anda menyemak permohonan selengkapnya. Semoga perkongsian ini membantu anda mendapatkan semula sijil peperiksaan yang baru. Keputusan masih sama ye, jangan berangan pula keputusan berubah.

sumber afterschool

MalasKomen.Com

Loading...