BERBAGI

Sehingga saat ini masih ramai yang tidak percaya dan terkejut bahawa Fattah Amin dan Fazura sudah selamat diijabkabulkan. Baru sahaja minggu lepas, mereka memberitahu sedang sibuk menguruskan dokumen pernikahan dan masing-masing mempunyai jadual kerja yang agak ketat. Ada sesetengah pihak mula mempertikaikan adakah Fattah dan Fazura menerima layanan istimewa dari pihak JAWI?

Walaubagaimanapun, pihak JAWI menafikan tuduhan tersebut dan menjelaskan kedua-dua artis itu melalui prosedur perkahwinan sama seperti orang lain juga.
Ya, mereka bernikah malam tadi (Isnin) dan dinikahkan oleh jurunikah daripada pihak Jawi. Kami menerima permohonan dan dokumen yang lengkap daripada pasangan tersebut. Fattah juga menghadiri kursus kahwin dan membuat permohonan itu melalui Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPIMM) secara dalam talian. Kami tidak memberi sebarang keistimewaan kepada mereka dan mereka melalui semua proses itu seperti orang lain.

Fattah dan Fazura mengikat tali pertunangan pada 13 November lalu iaitu beberapa hari sebelum mereka menunaikan umrah bersama. Semalam, mereka sah bergelar suami isteri hanya dengan sekali lafaz pada jam 9.50 malam dalam sebuah majlis tertutup di hotel Ritz Carlton,Kuala Lumpur. Sekarang ini, peminat sudah tidak sabar ingin melihat foto-foto ketika majlis akad nikah Fattah dan Fazura dan berharap bintang pujaan mereka itu dapat mengumumkan sendiri berita gembira tersebut.

Dalam kenyattan lain, Selepas berita pernikahannya dan Fazura tular sejak semalam, akhirnya pelakon Fattah Amin tampil mengesahkan sendiri berita gembira tersebut. Fattah menerusi portal BH ONLINE memberitahu beliau tidak nikah dalam keadaan tergesa-gesa dan mengikut prosedur yang betul.

Alhamdulillah, pihak JAWI mengeluarkan kenyataan sama. Kami berkahwin seperti orang lain juga. Semua sudah selesai dan tak perlu dipertikaikan lagi. Majlis itu sah dengan sekali lafaz dan Alhamdulillah, berjalan lancar. Saya dinikahkan oleh abang Fazura sendiri dan turut berada pada majlis itu ialah wakil JAWI selain keluarga rapat kami.
Fattah menegaskan beliau tidak pernah merahsiakan majlis akad nikah beliau dan Fazura. Sejak dari awal lagi beliau sudah memaklumkan majlis tersebut memang akan diadakan secara tertutup dan akan mengadakan dua lagi majlis resepsi pada tahun depan.

Syarikat rakaman Fazura iaitu Universal Music dalam satu kenyataan memaklumkan, pasangan itu sah diijabkabulkan dengan sekali lafaz kira-kira pukul 9.50 malam.

Pernikahan itu berlangsung dalam satu majlis tertutup yang dihadiri keluarga dan rakan terdekat sahaja.

Majlis berkenaan diadakan di hotel Ritz Carlton, Kuala Lumpur.

Video Sekitar Majlis:

Bukan main berseri lagi muka Fattah bukan? Tidak kisahlah kalau bernikah secara tertutup asalkan Fattah dan Fazura sudah sah bergelar suami isteri, cumanya peminat hanya ingin mereka berterus-terang dan menghebahkan tarikh sebenar, mereka ingin mendoakan yang terbaik buat anda berdua. Apa-apa pun, selamat pengantin baru buat Fattah dan Fazura, semoga berkekalan sehingga akhir hayat.

Sumber IG Fatah Fazura / credit – eraviral,mSTAR dan BeautifulNara

Loading...